Soalan Lazim bagi Teh Herba Belalai Gajah
- Bagaimanakah cara untuk membeli produk?
JAWAPAN: Untuk membeli produk-produk kami, klik pada butang pembelian/tempahan.
- Saya dah beli produk & membuat pembayaran, bilakah saya boleh mendapatkan produk ini.
JAWAPAN: Setelah pihak admin mengesahkan pembayaran anda, proses pengeposan akan dilakukan di dalam masa 3 hari bekerja.
- Bagaimanakah rasa teh ini? Adakah ianya pahit?
JAWAPAN: Teh ini rasanya seperti 'green tea'. Tidak pahit cuma tawar sahaja.
- Berapa uncang di dalam 1 kotak?
JAWAPAN: 1 kotak mempunyai 20 uncang teh. 1 uncang boleh dibancuh berulang kali sehingga hilang rasa.
- Bagaimankah cara pengambilannya?
JAWAPAN:
Bagi yang sihat cuma minum 1 uncang sehari sebagai langkah pencegahan.
Bagi Pesakit tidak kritikal hanya minum 1 uncang sehari.
Bagi Pesakit Kritikal, dimana pesakit terlalu sakit sehinggakan tidak dapat bangun ataupun duduk, maka disarankan supaya minum 2 ke 3 uncang sehari.
- Bolehkah teh ini dicampur gula?
JAWAPAN: Teh ini tidak boleh dicampur gula atau susu kerana menjejaskan khasiatnya.
- Adakah teh ini mendapat kelulusan KKM?
JAWAPAN: Teh ini masih di dalam proses mendapat kelulusan KKM.
- Apakah tindakbalas awal selepas pengambilan teh ini?
JAWAPAN: Tindak balas awal tidak sama setiap orang. Ia bergantung kepada jenis penyakit dan daya tahan badan seseorang. Antara tindakbalas awal selepas pengambilan adalah seperti pening, kerap berpeluh, period berpanjangan bagi yang ada masalah dalaman wanita dan kerap buang air. Kesan ini biasanya akan beraluratan selama seminggu atau lebih bergantung kepada tahap penyakit dan daya ketahanan badan seseorang.
- Berapa lamakah kesan dapat dirasai selepas pengambilan produk?
JAWAPAN: Kesan paling cepat dirasai selepas seminggu pengambilan produk. Ada juga yang mengambil masa bergantung kepada tahap penyakit.
- Apakah perbezaan khasiat daun segar dan teh belalai gajah ini?
JAWAPAN: Mengikut kajian kami, daun segar dan teh lebih kurang sama khasiatnya. Pesakit mestilah mengamalkannya secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
- Adakah orang yang tidak mempunyai masalah kesihatan boleh mengamalkan teh ini?
JAWAPAN: Ya, yang sihat elok mengamalkan sebagai langkah pencegahan.